Coretan Hari Pertama Persekolahan di SRAH

  • PDF

alt

Bismillahirrahma nirrahim

Alhamdulillah sesi persekolahan bagi tahun 2015 telah bermula pada 12 Januari 2015. Seperti biasa murid-murid, para guru dan ibu bapa hadir pada hari pertama persekolahan dengan penuh semangat dan ceria.

            Guru-guru telah datang lebih awal untuk menyambut murid-murid yang kembali ke sekolah dan secara khususnya ingin menyambut anak-anak Tahun 1 yang baru menjejakkan kaki ke Sekolah Rendah Al-Hidayah. Apa yang penting ialah, kami mahu memastikan anak-anak Tahun 1 terasa dirai dan disambut dengan baik. Begitu juga kepada para ibu bapa yang memberi kepercayaan dan sokongan kepada sekolah.

            Pada hari pertama, seperti biasa murid-murid terus ke kelas untuk meletakkan beg masing-masing. Pada pukul 7.30 murid-murid mula bergerak ke tapak perhimpunan untuk perhimpunan kali pertama, kecuali Tahun 1. Mereka dibawa ke tapak perhimpunan oleh guru kelas masing-masing secara teratur.

Perhimpunan bermula pada pukul 7.40 pagi. Aturcara Perhimpunan Pertama ialah :

- Ucapan Pengerusi majlis ( Muallim Razman )

- Nyayian Asma-ul-Husna, Negaraku dan lagu sekolah

- Ikrar dari wakil murid ( Irfan Bashir )

- Ucapan Guru Besar

- Memperkenalkan Guru Kelas

- Murid berbaris ke kelas setelah tamat perhimpunan dan kelas bermula seperti biasa

            Untuk minggu pertama persekolahan, murid-murid Tahun 1 dijadualkan balik lebih awal iaitu pada pukul 12.00 tengahari. Ini adalah untuk memberi peluang kepada mereka untuk menyesuaikan diri terlebih dahulu. Kelas untuk murid-murid Tahun 2 hingga Tahun 6 berjalan seperti biasa.

            Sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para ibu bapa yang memberi kepercayaan dan sokongan kepada pihak sekolah untuk mendidik dan mentarbiyah anak-anak. Sama-samalah kita berdoa agar Allah makbulkan hasrat kita untuk melahirkan generasi uswah hasanah.

            Hadith Rasulullah SAW yang bermaksud :

Dari Abu Hurairah r.a berkata :

Rasulullah S.A.W bersabda, Apabila matinya anak Adam itu, maka akan terputuslah amalannya kecuali 3 perkara :

1) Sedekah jariah

2) Ilmu yang bermanafaat

3) Doa anak yang soleh

 

يَرفَعِ اللَّهُ الَّذينَ ءامَنوا مِنكُم وَالَّذينَ أوتُوا العِلمَ دَرَجٰتٍ ۚ وَاللَّهُ بِما تَعمَلونَ خَبيرٌ

Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan. ( Al-Mujadalah : 11 ).

alt alt


alt  alt

You are here: Home