Pengenalan ALHIDAYAH PERAK

  • PDF

Al Hidayah Perak bercita-cita untuk melahirkan Generasi Rabbani yang amileen, berketrampilan terkini, berkreativiti tinggi dan berupaya memimpin masyarakat sejagat kearah kesejahteraan dunia & akhirat yang `berteraskan Tauhid.’

Mendokong satu Falsafah Pendidikan yang begitu ampuh melalui satu proses pendidikan yang berteraskan tauhid bagi membina dan melahirkan insan rabbani, berilmu dan berakhlak mulia serta berkemampuan membentuk kehidupan diri, masyarakat, negara & dunia sebagaimana yang dituntut oleh Al-quran & As-sunnah melalui sistem pendidikan yang seimbang, bersepadu, menyeluruh & bererterusan, maka Al Hidayah Perak  memerlukan sokongan yang bersepadu samada berbentuk sokongan moral, khidmat nasihat dan juga kewangan.

Sejarah penubuhan sekolah ini bermula hasil perbincangan awal beberapa individu muslim yang begitu berminat untuk melihat tetubuhnya sebuah sekolah yang berteraskan tauhid wujud di Bandaraya Ipoh. Pada hujung tahun 1989 Sekolah Rendah Al Hidayah mula beroperasi dengan menyewa sebuah rumah , 2 orang guru 19 orang pelajar di banglo no.2 Jln Madrasah, Rapat setia.

Pada  tahun 1989 juga Sekolah Rendah Al Hidayah telah diluluskan  pendaftaran oleh JAIPk. Pada tahun 1996 hasil dari kesinambungan Sekolah Rendah maka penubuhan Sekolah Menengah Al-Hidayah pula ditubuhkan pada tahun 1996. Pada awal Tahun 1997 pembinaan bangunan tetap untuk sekolah Rendah Al-hidayah dan Menengah Al-Hidayah mula dilaksanakan.

Pada pertengahan Tahun 1997, Sekolah Menengah Al Hidayah telah berpindah ke tapak tetap, manakala pada tahun 1998 Sekolah Rendah telah berpindah ke bangunan baru. Hasil bantuan kewangan dari  Majlis Agama Islam Perak Sekolah Menengah Al Hidayah telah berpindah ke bangunan baru pada tahun 2002.

Ringkasnya Al Hidayah Perak telah meniti usia enam belas tahun ! Di usia begini cabaran hebat yang di hadapi oleh pihak pengurusan ialah kekangan kewangan  dan juga sumber manusia iaitu pendidik yang diperlukan mendidik genarasi pewaris untuk menjadi insan bertakwa lagi cemerlang. Cabaran ini merupakan satu jihad berterusan yang dihadapi oleh ahli lembaga dan pengurusan sekolah bagi mamastikan sistem  pendidikan ini sentiasa kompetitif di kalangan masyarakat.

You are here: Profail Pengenalan