Syarat Kemasukan SMAH~IPOH

  • PDF

Syarat Kemasukan SMAH

Prosedur Pengambilan Pelajar Baru Sekolah Menengah Al Hidayah Ipoh.

Pengambilan bagi sesi 2016 TIDAK dibuka kepada Pelajar Luar Negara.

Tingkatan Satu.

1. Permohonan secara “On Line” dibuka sehingga satu minggu selepas keputusan UPSR dikeluarkan.

2. Bagi permohonan secara manual, borang yang telah lengkap (beserta salinan sijil-sijil yang telah disahkan) juga perlu dihantar seminggu selepas keputusan UPSR dikeluarkan.

3. Bagi permohonan secara “On Line”, sijil asal perlu dibawa ketika dipanggil untuk sesi temuduga.

4. Syarat untuk dipanggil temuduga mestilah mencukupi 15 mata agregad (A=4/ B=3/ C=2/ D=1) dalam peperiksaan UPSR kecuali bagi bekas pelajar sekolah rangkaian Ikram-Musleh sekurang-kurangnya 12 mata agregad.

5. Pelajar akan menjalani:

a.Ujian Quran

b.Ujian Bertulis Bahasa Arab dan Tulisan Jawi

c.Sesi Temuduga

d.Ujian Hafazan (bagi permohonan ke kelas tahfiz)

6.Semua ibubapa yang memohon akan diwajibkan menghadiri seminar keibubapaan yang akan ditetapkan oleh pihak sekolah.

7.Ibubapa yang pertama kali memasukkan anaknya ke SMAH juga wajib ditemuduga.

Tingkatan Dua

1. Kemasukan pelajar Tingkatan 2 hanya dibuka sekiranya ada kekosongan.

2. Calon akan dipanggil untuk Ujian Quran, Ujian Bertulis Bahasa Arab dan Tulisan Jawi dan Temuduga Lisan.

3. Calon yang dipanggil untuk sesi temuduga hendaklah membawa:

a.Keputusan Akhir Tahun / Tahun Semasa

b.Sijil-sijil yang berkaitan

c.Surat Beranak / Kad Pengenalan

d.Surat Akuan Akhlak (disahkan oleh sekolah lama)

4. Untuk memastikan pelajar yang mohon benar-benar tiada masalah disiplin, sekolah terdahulu akan dihubungi untuk mendapatkan maklumat yang benar dan jelas.

5. Ibubapa yang pertama kali memasukkan anaknya ke SMAH wajib ditemuduga.

Tingkatan Tiga dan Tingkatan Lima  - TIADA PENGAMBILAN

Tingkatan Empat

1. Bagi pelajar SMAH, kemasukan ke tingkatan 4 tidak berlaku secara “automatik”. Syarat kemasukan bagi pelajar SMAH mesti LULUS Bahasa Arab PT3, TIADA yuran tertunggak, dan TIADA masalah disiplin berat. Surat tawaran akan diberikan kepada calon yang berjaya sahaja.

2. Pemohon yang BUKAN dari sekolah rangkaian MUSLEH perlu sekurang-kurangnya LULUS Bahasa Arab PT3.

3. Calon yang dipanggil untuk sesi temuduga hendaklah membawa:

a.Keputusan Akhir Tahun / Tahun Semasa

b.Sijil-sijil yang berkaitan

c.Surat Beranak / Kad Pengenalan

d.Surat Akuan Akhlak (disahkan oleh sekolah lama)

4. Syarat Khas bagi pelajar lepasan tahfiz:

                a. Ada asas Bahasa Arab

                b. Sekurang-kurangnya 15 juzu' hafazan bagi pelajar tahfiz sepenuh masa.

5. Ibubapa yang pertama kali memasukkan anaknya ke SMAH juga wajib ditemuduga.




You are here: Pendidikan SMAH~IPOH Syarat Kemasukan